"Bersama merealisasikan impian anda"


SEJARAH PENUBUHAN WEC

Wardah Edu Centre atau lebih dikenali dengan WEC mula ditubuhkan secara kecil-kecilan pada tahun 2005. Ia bermula di sebuah rumah setinggan bertempat di Lorong Asrama, Pantai Dalam, dengan jumlah pelajar kurang dari 10 orang. Apabila jumlah pelajar telah melebihi 10 orang, kelas tuisyen WEC kemudiannya berpindah ke apartment Pantai Indah, Pantai Dalam iaitu pada sekitar tahun 2006.

Kelas tuisyen WEC di apartment Pantai Indah ini telah berkembang dengan jumlah pelajar pada ketika itu melebihi 50 orang. Dengan perkembangan ini, maka kelas tuisyen WEC telah ditubuhkan dengan rasminya di sebuah lot kedai bertempat di Kg. Pantai Dalam pada akhir tahun 2007. Pada masa ini, WEC telah berkembang maju dengan jumlah pelajar yang berdaftar adalah melebihi 100 orang. 

Walau bagaimanapun, disebabkan masalah dalaman, pada tahun 2009 WEC berpindah ke Jalan Pantai Murni 6 dan diletakkan di bawah naungan Akademi Pengajian Al-Quran & Iqra' Fathul I'lmi yang juga ditubuhkan oleh co-founder yang sama iaitu En. Mohd Shahidi Bin Ismail. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, WEC telah berkembang maju dengan jumlah pelajar menghampiri 200 orang.


KELEBIHAN KAMI

Antara kelebihan WEC berbanding pusat tuisyen yang lain adalah:

  • Wardah Edu Centre (WEC) adalah di bawah naungan Akademi Pengajian Al-Quran Fathul I'lmi. Justeru, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan akan diterapkan dengan sahsiah dan nilai-nilai murni yang dikehendaki dalam agama Islam. Antaranya adalah aktiviti-aktiviti seperti Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat, Qiamullail, Usrah, Majlis Berbuka Puasa, ceramah, sambutan Maulidur Rasul dan sebagainya.
  • Jumlah pelajar WEC dalam sesebuah kelas dihadkan seramai maksimum 15 orang pelajar supaya tumpuan dapat diberikan kepada pelajar.
  • Yuran yang sangat berpatutan.
  • Kemudahan Internet dan WIFI.
  • Kelas yang selesa & berhawa dingin.
  • Guru-guru adalah terdiri daripada guru-guru profesional dan berpengalaman luas.
  • Menyediakan 'One Stop Centre' untuk pelajar-pelajar yang hendak mengulangkaji pelajaran selepas waktu sekolah.
  • Menyelitkan aktiviti 'Public Speaking' semasa di dalam kelas bagi membina keyakinan diri pelajar.
  • Ibu bapa pelajar dapat memantau kemajuan dan kehadiran pelajar dari rumah dengan menggunakan sistem aplikasi online kami iaitu sistem 'NAML'
  • Mendapat pengiktirafan dari Universiti Oxford, SME dan UKM